Isnin, 12 September 2011

RESEPI REMPEYEK



REMPEYEK / TEMPEYEK
Bahan-bahannya:
      Tepung beras 1 kampit
       Minyak masak (untuk goreng)
       Kacang tanah
       Kelapa ½ biji (santan)
       Telur ayam 4 biji
       Serai sebatang
       Lengkuas 1 cm
       Sedikit garam
      Jintan manis 1 sudu kecil
   Jintan putih 1 sudu kecil
   Bawang merah seulas
   Bawang putih 6 ulas
.   Rempah kari sebungkus kecil
  Jemuju ½ sudu kecil
  Sedikit daun kari

Dapatkan acuan kuih yang diperbuat dari logam, selalunya tin atau alumuniam serta bertangkai di tengah-tengahnya. Seeloknya acuan ini berkembar empat atau enam untuk mempercepatkan proses menggorengnya.

Cara membuatnya:

Jintan, bawang, lengkuas dan serai dicampur dan dikisar halus. Jemuju dan daun kari dikisar kasar. Masukkan telur dalam campuran di atas dan kacau bersama santan kelapa, rempah kari dan tepung hingga sebati. Masukkan sedikit garam dalam campuran tadi. Seeloknya rempah kari dibancuh terlebih dahulu secara berasingan dengan sedikit air panas sebelum digaul bersama bahan lainnya untuk mengelakkan ianya dari berketul.
Bancuhan jangan terlalu cair atau pekat. Selalunya kelikatan bancuhan adalah seperti membuat bancuhan tepung goreng pisang. Panaskan minyak masak dalam kuali sederhana besar mengikut kesesuaian acuan. Penuhkan separuh bahagian kuali dengan minyak, tunggu sehingga betul-betul panas.
Masukkan bancuhan tepung ke dalam acuan serata mungkin dan elakkan dari melimpah. Taburkan kacang tanah di atas tepung dalam acuan tadi mengikut kehendak sendiri tapi jangan terlalu banyak. Celupkan acuan tadi dalam kuali dan biarkan selama 30 saat tepung tersebut akan lekang dari acuan dan keluarkan acuan untuk isian tepung yang berikutnya.
Kacau dan alih kuih tersebut supaya sama rata kegaringannya. Angkat kuih yang  telah masak (warna kegaringan)  dan toskan minyaknya dalam penapis. Simpan kuih ini dalam tin atau bekas yang kedap udara dan ianya boleh tahan sehingga satu bulan atau lebih.
Selamat mencuba……..

Sabtu, 21 Mei 2011

PANJANG UMUR


Basah binti Long berumur 103 tahun pada 2011. Boleh membaca kitab tanpa cermin mata serta mempunyai pendengaran yang baik. Beliau adalah ibu kepada kakak ipar emak saya. Tiada rahsia khusus atau amalan yang beliau berikan. 

Namun beliau telah meninggal dunia pada tahun 2012 yang lalu... Al-Fatihah buat beliau.

Jumaat, 28 Januari 2011

Panorama Pantai Kok Langkawi





Gambar pada 26 Januari 2011 di persisir Pantai Kok Langkawi, walaupun cuaca pada petang itu tidak berapa mengizinkan untuk mengambil gambar yang elok. Namun dengan menggunakan Nikon D7000 serta lensa Sigma 18-50mm f2.8 serta filter Cokin ND Graduate saya abadikan juga suasana pada petang tersebut.

Isnin, 24 Januari 2011

Group Photography







Gambar beramai-ramai diambil di perkarangan BTPN Kedah dengan menggunakan kamera Nikon D7000, Lensa Sigma 18-50mm f2.8 dan berbantukan Nikon SB900.

Jumaat, 21 Januari 2011

Outdoor Photography

Gambar ini dirakamkan oleh kamarulkamera.blogspot dengan menggunakan kamera Nikon D80. Lokasi penggambaran di sekitar Pantai Murni Yan dan Seri Perigi Yan Kedah.


Perkahwinan anak perempuan saya pada 25 Dis 2010




Cucu Pertama Mohamad Faris Qaiyum lahir pada 18 Jan 2012

Selasa, 30 November 2010

Panorama 2


Kerbau oh kerbau!
Inilah kampungku suatu masa dulu..

Panorama





Gambar ini dirakamkan dengan kamera Canon G11, manual,shutter 1/320, apature f4, ISO 200 dan spot matering. Lokasi di Kuala Pegang Baling Kedah.









Gambar ini dirakamkan dengan menggunakan kamera Nikon D80, apature f2.8, shutter speed 1/30, ISO500 tanpa tripod dan lokasinya di Taman Negara Kuala Tembeling.

Sunset



Masjid Zahir Alor Setar


Masjid Zahir Alor Setar



Sungai Kering Yan Kedah