Isnin, 12 September 2011

RESEPI REMPEYEK



REMPEYEK / TEMPEYEK
Bahan-bahannya:
      Tepung beras 1 kampit
       Minyak masak (untuk goreng)
       Kacang tanah
       Kelapa ½ biji (santan)
       Telur ayam 4 biji
       Serai sebatang
       Lengkuas 1 cm
       Sedikit garam
      Jintan manis 1 sudu kecil
   Jintan putih 1 sudu kecil
   Bawang merah seulas
   Bawang putih 6 ulas
.   Rempah kari sebungkus kecil
  Jemuju ½ sudu kecil
  Sedikit daun kari

Dapatkan acuan kuih yang diperbuat dari logam, selalunya tin atau alumuniam serta bertangkai di tengah-tengahnya. Seeloknya acuan ini berkembar empat atau enam untuk mempercepatkan proses menggorengnya.

Cara membuatnya:

Jintan, bawang, lengkuas dan serai dicampur dan dikisar halus. Jemuju dan daun kari dikisar kasar. Masukkan telur dalam campuran di atas dan kacau bersama santan kelapa, rempah kari dan tepung hingga sebati. Masukkan sedikit garam dalam campuran tadi. Seeloknya rempah kari dibancuh terlebih dahulu secara berasingan dengan sedikit air panas sebelum digaul bersama bahan lainnya untuk mengelakkan ianya dari berketul.
Bancuhan jangan terlalu cair atau pekat. Selalunya kelikatan bancuhan adalah seperti membuat bancuhan tepung goreng pisang. Panaskan minyak masak dalam kuali sederhana besar mengikut kesesuaian acuan. Penuhkan separuh bahagian kuali dengan minyak, tunggu sehingga betul-betul panas.
Masukkan bancuhan tepung ke dalam acuan serata mungkin dan elakkan dari melimpah. Taburkan kacang tanah di atas tepung dalam acuan tadi mengikut kehendak sendiri tapi jangan terlalu banyak. Celupkan acuan tadi dalam kuali dan biarkan selama 30 saat tepung tersebut akan lekang dari acuan dan keluarkan acuan untuk isian tepung yang berikutnya.
Kacau dan alih kuih tersebut supaya sama rata kegaringannya. Angkat kuih yang  telah masak (warna kegaringan)  dan toskan minyaknya dalam penapis. Simpan kuih ini dalam tin atau bekas yang kedap udara dan ianya boleh tahan sehingga satu bulan atau lebih.
Selamat mencuba……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan