ARTIKEL FOTOGRAFI

Kamera Digital 2013 mengadaptasi bentuk Nikon Siri F



FOTOGRAFI SEBAGAI SENI
PADA awal kemunculannya, perkembangan fotografi lebih tertumpu kepada proses penciptaan dan penambahbaikan terhadap sistem kamera itu sendiri.
Kamera dianggap salah satu penemuan penting kepada manusia kerana mampu merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar, tidak kira sel manusia sehingga galaksi di luar angkasa.
Prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan oleh seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham sekitar 1,000 tahun lalu. 

Pada akhir abad ke-10 Masihi (M), al-Haitham bersama Kamaluddin al-Farisi berjaya menemui sebuah kamera kotak (obscura) dan meneliti serta merakam fenomenanya.
Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16M, iaitu sekitar lima abad selepas penemuan tersebut apabila Cardano Geronimo (1501-1576) yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mula menggantikan lubang bidik dengan kamera berlensa.

Ada pula menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571-1630).
Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif sehingga dapat memperbesar gambar seperti prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden.

Setelah itu Robert Boyle (1627-1691) mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil tanpa kabel yang fungsinya seolah-olah kamera obscura pada 1665.Pada era itu juga, fungsi gambar foto lebih kepada untuk merekod sesuatu. Pada waktu itu fotografi tidak dianggap sebagai satu karya seni visual seperti seni lukisan atau seni arca. Selepas 900 tahun daripada penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827. 

Artis visual pada ketika itu berpendapat karya foto dihasilkan oleh kamera bukan dengan kemahiran tangan jurufoto. Oleh itu mereka tidak menerima karya fotografi sebagai satu karya seni.
Pada sekitar abad ke 20, satu aliran yang dinamakan pictorialism dipraktikkan bagi membolehkan fotografi diterima sebagai satu karya seni pada zaman itu. Jurufoto pictorialism memanipulasikan foto yang dirakam bagi menghasilkan foto dengan gaya seakan-akan lukisan. Alfred Stieglitz adalah salah seorang tokoh penting dalam memperjuangkan fotografi untuk diterima sebagai karya seni ketika era ini.

Gambar foto dengan aliran pictorialism menggunakan beberapa teknik antaranya - sengaja mengkaburkan fokus, menggunakan filter untuk kesan tertentu, membuat cetakan nada warna sepia dan membuat manipulasi foto di dalam bilik gelap agar foto yang dihasilkan menyamai karya lukisan.
Ada pihak menganggap aliran fotografi dengan gaya pictorialism tidak menampakkan identiti sebenar fotografi dan tidak menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada media fotografi.
Oleh itu sekumpulan jurufoto yang tidak bersetuju dengan gaya pictorialism telah menubuhkan satu kumpulan yang diberi nama Group f/64 dengan jurufoto terkenal, Ansel Adams adalah salah seorang ahlinya. 

Kumpulan ini telah mengadakan pameran fotografi pertama pada tahun 1932. Mereka memperjuangkan idea fotografi terus (straight photography) dengan karya foto yang dihasilkan tidak lagi cuba meniru gaya sebuah karya lukisan.
Aliran fotografi terus ini menjadi asas kepada seni fotografi yang dipraktikkan secara meluas sehingga ke hari ini. Sehingga kini bidang fotografi begitu diminati oleh semua golongan sehingga di Malaysia sendiri sekolah seni yang berkaitan dengan fotografi banyak ditubuhkan.
Bidang fotografi juga kini dianggap sebagai bidang yang mampu untuk menjana ekonomi selain daripada dijadikan minat semata-mata.










BODY YANG DIMILIKI
Nikon D70
Nikon D60
Nikon D80
Nikon D200
Nikon D300
Nikon D7000
Nikon D800

KAMERA KOMPAK
Canon S30
Canon ixus50
Canon S95
Canon S100
Canon G10
Canon G1X
Nikon P6000
Nikon P7100
Olympus mju
Sony Kompak


LENSA YANG DIMILIKI
Nikkor 50mm f1.2
Nikkor 50mm f1.8
Nikkor 55mm macro f2.8
Nikkor 18-300 mmvr
Nikkor 16-85 mm vr
Nikkor 70-300mm vr
Sigma 17-50mm f2.8
Tamron 90mm macro f2.8
Nikkor 80-200mm f2.8
Nikkor Macro 200mm f4
Nikkor Fishaye 16mm f2.8
Tamron Teleconverter 1.4

FLASH Nikon SB900, SB800, SB700, SB600
Filter Cokin and Hoya
Tripod and Monopod made of Manfrotto

PETUA 1
Juru kamera atau jurufoto?
Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila kawan-kawan selalu ‘meracun’ kita untuk beli kamera dan aksesori yang terbaru dan terbaik di pasaran.

Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi tiada keyakinan pada diri sendiri dalam hal pengendalian kamera. Mereka kurang pengetahuan fotografi dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan, gambar yang dirakam akan jadi hebat secara automatik. Malangnya, pendapat ini tidak benar.

Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, mereka akan cepat pandai dan akan mendapat keyakinan diri. Kita perlu yakin, bahawa, yang membuatkan gambar yang dirakam itu cantik adalah kemahiran yang ada pada diri kita, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih. Bila kita masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurufoto, pastikan bahawa, minat utama kita ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurufoto yang baik,
kita harus fokuskan masa dan wang kita lebih kepada pembelajaran dan penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat. Jika kita ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya selepas beberapa tahun. Tapi jika kita ada ilmu dan kemahiran fotografi dalam diri kita, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai diri kita sebagai seorang jurufoto akan sentiasa naik dengan setiap kemahiran dan ilmu yang kita perolehi.Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika kita mampu. Tapi, sebagai jurufoto, pastikan bahawa, kemahiran kita sentiasa lebih hebat dari kamera kita. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar. Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau kita ingin dikenali sebagai jurufoto, kita lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan collect peralatan kamera.

PETUA 2
Kreativiti gambar perkahwinan...
Tadi saya sempat dengar feedback dari seorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ini baru kahwin. Jadi, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia telah upah seorang photographer. Photographer ini banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.
Masalahnya, client ini sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada ‘citarasa. Client macam ini biasanya tidak berapa suka gambar yang terlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar sebegini biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin. Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif itu memang bagus -yang menjadi masalah sekarang ini, gambar kreatif yang sudah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.
Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut itu pula, tidak tahu kenapa dia mengikut. Yang dia tahu, dia mengikut sahaja. Orang shoot pakai fisheye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.
Nak shoot pakai fisheye lens, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna fisheye lens. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek di bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ini. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambil gambar ni? Dia sukakah apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita – maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang – then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.
Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengoklah jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.
Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecil ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecil tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak saja – shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin. Alih-alih, budak kecil tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru. Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Haru biru jadinya....


PETUA 3
Nak beli kamera apa?
Sejak 4 hari lalu seorang rakan lama acapkali menelefon saya untuk bertanya tentang kamera yang dia patut beli. Sehari sampai 3-4 kali beliau menelefon untuk bertanya DSLR apa yang bagus dan ciri-ciri yang dimiliki setiap satu model. Saya agak kebingungan untuk menjawab, kerana soalan tersebut terlalu umum. Setelah menerangkan perihal beberapa model popular di pasaran, saya bertanya kembali beberapa soalan kepadanya:
1) Beli kamera untuk apa? Adakah untuk ambil gambar keluarga dan percutian atau untuk dijadikan hobi?
2) Berapa bajet sekarang dan adakah bersedia untuk menambah perbelajaan berkenaan kamera di kemudian hari?
3) Berapa kerapkah rasanya kamera tersebut akan digunakan?
4) Jika untuk hobi, gambar jenis macam mana yang minat untuk dirakam?
5) Bersediakah untuk melabur masa dan wang untuk belajar teknik fotografi?

Beliau tidak pasti tentang jawapan untuk kebanyakan soalan di atas. Akhirnya saya menasihatkannya untuk membeli kamera compact sahaja.
DSLR bukan untuk kegunaan semua orang. DSLR juga tidak menjamin gambar anda 100% cantik.

PETUA 4

Masalah Gambar Menjadi Kabur


1) Masalah : ketika memetik butang shutter.
    Cara Betul : Pastikan ketika memetik butang shutter secara perlahan, atau gunakan remote.

2) Masalah : Cara pegang kamera yg mudah bergoyang.
    Cara Betul : Gunakan kaki kamera seperti tripod atau monopod dan kedudukan badan juga penting.

3) Masalah : kawalan pernafasan ketika fokus pada subjek.
    Cara Betul : lebih selesa tahan nafas seketika dalam fokus objek sehingga gambar ditangkap.

4) Masalah : titik fokus kamera tidak fokus pada subjek.
    Cara Betul : kamera dalam mode manual perlu mengawal titik fokus di kamera, mode auto perlu berhati-hati.

5) Masalah : Lens fungus atau kulat.
    Cara Betul : Hantar lens ke kedai untuk mencuci lens dari kulat.

6) Masalah : Kawalan Shutter Speed.
    Cara Betul : kamera dalam mode manual perlu mengawal shutter speed supaya objek yg bergerak tidak menjadi Kabur.

PETUA 5




ATAU BOLEH MENGGUNAKAN CARA SEPERTI DIBAWAH


Tapi kalau dah selesa dengan cara sendiri, teruskan..

PETUA 6

Cara Menjaga Kamera DSLR



  • Hindari penggunaan pada keadaan seperti suhu terlalu tinggi, terlalu rendah, hujan, terkena getaran terlalu kuat atau guncangan , berada dalam lingkungan medan magnet kuat, terjatuh, terdedah pada sinar matahari dalam masa yg lama, terkena debu atau pasir akibat dari angin kencang.
  • Jangan mempergunakan kamera dengan tangan yang basah atau koto
  • Keluarkan battery bila kamera tidak digunakan dalam waktu yang lama.
  • Simpan kamera dalam dry box atau peti kedap udara lembab.
  • Kelihatan cap jari pada permukaan cermin filter hanya menggunakan tissue lensa dengan sedikit bantuan wap dari udara mulut pada permukaan cermin filter, lap perlahan lahan sehingga hilang kesan cap jari tersebut.)
  • kesan kotoran lain pada lensa boleh menggunakan kain lembut (kain Flanel) yg kering dan sedikit cecair pembersih lensa yang terdapat di kedai kamera. Elakkan menggunakan kain yang kasar kerana boleh merosakan permukaan lensa.
  • Jika terdapat habuk kesil yg sukar untuk dikeluarkan dari body kamera mahupun lensa,gunakan Power Blower Lensa.

 PETUA 8

Belajar Teknik Rule Of Thirds (ROT)

Kemahiran Menggunkan Teknik Rule Of Thirds.

untuk menghasilkan Teknik Rule Of Thirds harus memahami kedudukan garisan. kedudukan garisan yg dapat mengahasilkan 9 kotak dalam 1 kotak. Jangan terasa pening, cuba baca dengan tenang agar dapat memahami dengan lebih mudah.

Bayangkan sebuah kotak adalah permukaan apabila anda melihat viewfinder pada kamera anda, dan cuba bayangkan pada permukaan tersebut dibahagikan kepada 9 kotak dengan meletakkan garisan seperti rajah dibawah.

Garisan ini adalah penting untuk menghasilkan ROT. Apa yg dapat dihuraikan lagi adalah mengenai titik antara persilangan garisan tersebut yg menjadi tempat subjek diletakkan atau tempat subjek harus difokuskan. Rujuk Rajah di bawah menunjukkan titik merah diantara garisan yang bersilang.
Setelah selesai menghasilkan gambaran tersebut di dalam permukaan viewfinder kamera anda, cuba hasilkan gambar contoh seperti dibawah,dengan meletakkan kedukan lilin tersebut pada titik merah antara garisan yg bersilangan.

subjek seperti model juga boleh dihasilkan dengan berlatar belakangkan permandangan semula jadi. Pasti menarik jika habis mati akal untuk memikirkan posisi yg menarik. Jadi teknik seperti ini juga tidak salah jika tidak diikuti kerana kadang2 gambar lebih menarik jika diambil mengikut keadaan dan lokasi.



Menghasilkan foto yang bercerita

Ramai orang boleh menulis dan mengambil gambar tetapi hanya segelintir sahaja yang boleh mengarang dan menjadikan gambar mereka itu bercerita atau photo story / photo essay. Bidang fotografi adalah salah satu medium media yang baik untuk menyampaikan cerita atau berita. Jelmaan penulisan dalam bentuk gambar mampu menyentuh perasaan berbanding dengan penulisan. Membuat foto yang bercerita antara bidang dalam fotografi iaitu bidang kewartawanan foto atau photojournalist. Dalam menghasilkan foto bercerita, kebiasaannya jurugambar akan menggunakan beberapa foto untuk menceritakan sesuatu kisah secara keseluruhan dan jarang menggunakan sekeping gambar untuk menceritakan secara terperinci atau ia tidak melengkapkan cerita yang ingin disampaikan. Untuk menghasilkan rangkaian foto yang bercerita (esei foto) yang baik, kita bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan tentang apa yang mahu diceritakan, malah kita perlu mempunyai idea serta topik yang perlu dirungkaikan melalui gambar yang dihasilkan.
Gerak hati atau kepekaan yang tinggi amat perlu dalam menghasilkan atau meluahkan isi yang ingin disampaikan. Hasil gabungan idea, topik dan gerak hati akan menghasilkan sebuah karya yang sangat terkesan.
Menghasilkan rangkaian foto yang bercerita tidak hanya boleh dibuat dalam masa satu atau dua jam. Ada kalanya ia memakan masa sehari atau dua hingga tiga hari, namun ia bergantung kepada topik dan cerita yang ingin disampaikan.
Sebagai jurugambar yang ingin menghasilkan foto yang mempunyai cerita melibatkan manusia, maka hubungan antara jurugambar dengan subjek perlulah baik dan mempunyai etika. Sikap yang tidak baik atau kata-kata yang boleh mengguris hati subjek akan menyukarkan kita untuk mendapatkan foto yang bagus.
Untuk menjalinkan foto yang menggunakan satu sahaja subjek, perlu memastikan suasana, gaya, warna, komposisi tempat dan topik yang ingin diketengahkan adalah sama dan tidak lari.
Berikut adalah perbezaan antara istilah esei foto dan foto yang bercerita:
1. Foto yang bercerita (photo story) –
Foto yang menceritakan sesuatu yang mengingatkan khalayak tentang subjek. Sebagai contoh foto tentang bahaya dadah dan kepentingan menjaga alam sekitar. Foto tersebut boleh diambil dengan secara terus dalam pelbagai situasi, namun mempunyai topik yang sama.
2. Esei Foto – Menceritakan tentang perbuatan seseorang sebagai subjek, tempat dan situasi yang sama dan mempunyai permulaan cerita, pertengahan dan pengakhiran. Sebagai contoh cerita seorang petani, doktor, tukang kasut dan sebagainya.
Untuk menghasilkan esei foto yang baik, beberapa perkara perlu diambil kira kerana kita akan menghasilkan sebuah gambar yang dapat memberi seribu makna kepada khalayak.
Antara langkah atau cara untuk menghasilkan sebuah karya esei foto dan photo story adalah:
1.Topik atau subjek adalah kata kunci bagi menghasilkan esei foto. Sebagai contoh cerita tentang seseorang yang perlu anda jadikan subjek. Latar belakang subjek juga amat penting untuk dilihat.
2.Kajian perlu dijalankan sebelum menghasilkan esei foto. Cari maklumat tentang topik yang dipilih.
3.Rancang sudut-sudut yang akan diambil (pemandangan, karakter / potret, reaksi, seni budaya dan lain-lain)
4.Mengambil foto seperti yang dirancangkan dilokasi. Kebiasaannya langkah ini amat memakan masa kerana setiap sudut atau setiap tingkah laku akan diperhatikan.
5. Editing dan pemilihan foto mengikut sudut yang ingin diceritakan. Semakin penting nilai foto tersebut maka semakin dominan foto berkenaan dengan foto-foto yang dihasilkan dan kebiasaannya foto yang mempunyai nilai yang tinggi akan dipilih.
Walaupun gambar yang dihasilkan mempunyai pelbagai sudut, namun terdapat beberapa jenis gambar yang boleh dihasilkan untuk menjadikan ia sebagai foto yang bercerita. Antaranya:
  • Establishing shot : Biasanya menggambarkan tempat / tetapan tempat kejadian. Biasanya menggunakan lensa bukaan luas (wide angle) untuk memberikan kesan tiga dimensi tetapi lensa jarak jauh (tele) juga diperlukan.
  • Detail shot : Benda atau bahagian penting daripada orang. Misalnya cincin kawin atau close-up air mata atau bibir seseorang. Biasanya lensa makro atau tele digunakan.
  • Interaction shot : Interaksi daripada dua orang atau lebih.
  • Climax : Sebuah foto yang menggambarkan klimaks atau puncak daripada sebuah acara
  • Closer / Ending : Foto menutup cerita yang biasanya meninggalkan kesan yang akan membuatkan orang ingat tentang foto yang diambil.


ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI ?
(Mampukah nak beli.....)

Lensa Sigma 200-500mm berharga RM87,500

Kamera Hasselblad (body) 60 Mp berharga RM148,000

Kamera (body) Leica S2-P 37.5 Mp berharga RM108,000

Lensa Leica APO-TELYT-R 1:5.6/1600mm berharha RM7,000,000


Kamera Nikon D4, harga pasti melebihi 20k

Kamera Pentax Format harga 40k

Sensor kamera Pentax Format 40 Megapixel



PENJAGAAN KAMERA

DALAM menghasilkan gambar yang bermutu dan terbaik, bukan hanya sekadar bergantung kepada perancangan, pemilihan sudut penggambaran, suhu warna dan sebagainya tetapi yang paling penting adalah penjagaan peralatan kamera itu sendiri.
Minggu ini Lensa Panca akan memperkatakan tentang penjagaan peralatan agar kamera kita sentiasa berada dalam mood yang baik untuk menghasilkan karya yang bermutu setaraf jurugambar professional.
Kamera perlu disimpan di tempat yang sesuai jika tidak digunakan seperti di dalam kotak simpanan kering (dry box) yang dilengkapi dengan ketetapan suhu kering dalaman (RH) atapun anda boleh buat sendiri dengan meletakkan bebola plastik dan gel silikon bagi menyerap udara lembap di dalam kotak tempat simpanan kamera anda. Ini bagi mengelakkan peralatan kamera anda daripada fungus disebabkan kelembapan udara persekitaran.
Bagi mereka yang jarang menggunakan kamera, anda perlu mengoperasikan kamera anda untuk beberapa kali klik setiap dua minggu supaya komponen dalaman kamera anda berfungsi dengan baik. Jangan biarkan kamera tidak beroperasi dalam jangka waktu yang terlalu lama.
Bawalah kamera anda untuk servis di pusat servis bertauliah setiap enam bulan sekali bagi mengekalkan jangka hayatnya selain anda dapat mengenal pasti lebih awal jika berlaku sebarang kerosakan.
Sekiranya anda tidak menggunakan kamera untuk jangka waktu yang panjang, keluarkan bateri dari kamera dan lampu denyar (flash) serta ceraikan lensa (kamera DSLR) dan letakkan pada kedudukan yang sempurna supaya tidak merosakkan sistem peranti elektronik dalamannya.
Selain itu, ketika melakukan tugasan, peganglah kamera dengan cermat dan berhati-hati supaya ia tidak terjatuh atau terlanggar dengan objek keras kerana hentakan dan gegaran boleh merosakkan peralatan kesayangan anda.
Elakkan jari anda terkena pada bahagian lensa serta viewfinder pada kamera kerana kesan cap jari boleh mengganggu penghasilan gambar yang bermutu dan boleh merosakkan lapisan (coating) pada lensa.
Jangan biarkan kamera anda terdedah pada cahaya matahari secara berpanjangan atau diletakkan di tempat bersuhu tinggi kerana boleh merosakkan beberapa komponen elektronik dalamannya kecuali bagi kamera yang yang mempunyai penebat suhu.

Tuan-tuan yang ingin mendalami lagi pengetahuan mengenai fotografi, boleh melayari blog seperti berikut:

http://ejadfotopoyo.blogspot.com/


Cara mudah mengambil foto dalam dewan

 Best Dressed Couple, TNB ICT Gala Night 2011, Nikon D90, Tamron 17-50mmf/2.8, ISO-1250, f/4, 1/80s

Artikel ini akan berbincang cara mengambil gambar ‘red carpet’ bagi majlis makan malam yang diadakan di dalam dewan. Ia merupakan bahagian kedua daripada tiga. Sekiranya anda masih belum membaca bahagian 1, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan pemahaman artikel pada bahagian 2 ini.
Untuk mengambil gambar red carpet, background yang sesuai perlu dipilih. Ini adalah kerana background akan mempengaruhi suasana/mood kepada gambar berkenaan. Background juga membezakan di antara gambar yang biasa dan gambar yg hebat. Tempat gambar diambil juga hendaklah berdekatan dengan meja pendaftaran untuk memudahkan para hadirin untuk mendaftar dan mengambil gambar.
Untuk tempat acara seperti pada gambar di atas, tiada tempat lain yang lebih sesuai, melainkan jalan masuk ke pentas/red carpet sendiri. Kekurangan pemilihan tempat ini ialah jurugambar tiada kawalan pada ruang di belakang subjek. Para hadirin lain boleh mengganggu background. Oleh itu, tight croppingpada gambar ini terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan gangguan daripada frame gambar.
Sila juga minta bantuan petugas dewan untuk membantu untuk mem’posing’kan subjek, supaya jurugambar boleh menumpukan perhatian kepada framing dan setting kamera.
Oleh yang sedemikian, setting seperti di bawah dipilih
  1. Bagi semua majlis/event, ambil dalam format RAW kerana ini akan memberikan kemudahan untuk editing yang lebih selepas majlis.
  2. ‘Aperture priority’ setting dipilih.
  3. Kombinasi ISO-1250 untuk mendapatkan pencahayaan background dalam -1 stop.
  4. F/4 untuk memastikan keseluruhan subjek jelas utk gambar potrait. f/4 juga adalah sweet spot bagi lensa Tamron 17-50mmf/2.8, di mana lensa tersebut paling sharp pada focus tersebut.
  5. Pastikan kamera akan gunakan shutter minimum 1/40s jika subjek ialah manusia, supaya subjek tidak kabur/freeze. Bagi gambar ini, metering kamera memilih utk menggunakan shutter = 1/80s.
  6. Fill in flash menggunakan external on camera flash dgn diffuser kuning seperti dalam bahagian 1 digunakan. Flash compensation +1 digunakan untuk mendapatkan exposure yg tepat.

Contoh gambar RAW sebenar yg kurang -1 stop, dan gambar yg telah diedit menggunakan Lighroom, dengan menambahkan exposure, curve=medium, clarity & vibrance = +20

Cara mudah mengambil foto dalam dewan

Image

 Grand Entrance @ Dewan Merak Kayangan, Canon 350D dgn Lensa 17-50mm f/2.8, iso-400, f/2.8, 1/80sec

Antara majlis yang selalu diadakan di dalam dewan ialah ‘Annual Dinner’ syarikat dan Majlis Perkahwinan. Seperti mana-mana ‘event photografi’/fotografi majlis yang lain, untuk mengambil gambar dengan baik, anda perlu biasa@familiar dengan aturcara perjalanan majlis tersebut. Ini akan membolehkan minda fotografi anda bersedia dengan ‘timing’ dan ‘setup’ kamera anda. Sekiranya anda baru dalam bidang fotografi, tidak salah sekiranya anda menjadi jurugambar ‘backup’  untuk membiasakan diri anda dengan suasana di dewan. Ini adalah kerana dalam event fotografi, satu detik yang hilang, tidak boleh digantikan dengan detik yang lain lagi.
Bagi ‘Annual Dinner’ atau mana-mana acara korporat, pencahayaan dewan adalah tetap. Kebiasaannya hanya ada dua setup kamera yang perlu anda dapatkan, yakni di bahagian depan pentas dan lain-lain tempat. Bagi Majlis Perkahwinan pula, terdapat pelbagai keadaan pencahayaan yang berbeza, dan lebih dramatik. Mungkin terdapat keadaan di mana cahaya lampu dewan akan dimatikan sepenuhnya, dan hanya spotlight akan digunakan untuk menonjolkan pengantin. Keadaan ini memerlukan anda bijak untuk memilih setup kamera yang terbaik. Lensa yang pantas@fast adalah amat membantu dalam situasi sedemikian rupa.
Untuk kebanyakan event, setup yg terbaik ialah dengan menggunakan dua body, dengan set lensa wide, standard dan telefoto zoom. Kebiasaannya, ini adalah merangkumi lensa 12-24mm,24-70mm, dan 70-200mm. Bergantung pada keadaan, anda boleh memilih dua daripada 3 lensa tersebut utk digunakan pada 2 body anda. Untuk body pula, setup terbaik ialah dengan menggunakan 1 crop sensor, dan satu full frame. Dengan setup sedemikian, anda boleh mendapat pelbagai kombinasi ‘effective focal range’, sebagai contohnya lensa 24-70mm pada crop sensor akan memberikan anda ‘effective focal range’ 36-105mm, manakala pada full frame body, ‘effective focal range’ adalah sama seperti asal, yakni 24-70mm. Untuk dewan, kombinasi lensa standard zoom & telefoto adalah yang terbaik kerana ruang untuk anda bergerak sebagai jurugambar adalah banyak. Sekiranya ruang adalah terhad seperti situasi dalam rumah untuk majlis pernikahan, lensa wide angle adalah amat berguna.

 Red Carpet @ Palm Garden, Putrajaya. Nikon D90, Tamron 17-50mm f/2.8, ISO-1250 F/4 1/60 sec

Bagi event, fokus utama anda ialah untuk merakamkan setiap detik. Oleh itu, anda tiada cukup masa dan peluang untuk melakukan setup pencahayaan yang kompleks. Kebanyakan jurugambar akan menggunakan flash pada hot shoe DSLR atau natural lighting/pencahayaan persekitaran. Sekiranya anda sudah selesa dengan penggunaan kedua2 teknik tersebut, anda boleh cuba untuk ‘balance’ di antara penggunaan flash dan pencahayaan persekitaran. Gambar contoh ‘balance’ diantara hot-shoe flash & pencahayaan persekitaran adalah seperti gambar Red Carpet di atas.
Flash untuk ‘balance’ dengan pencahayaan persekitaran sebaiknya dalam setup ‘fill-in flash’, dan ‘colour corrected’. Pembetulan warna. Ini adalah perlu kerana lampu di dewan adalah berwarna kuning, manakala warna  flash yang tidak diubah adalah putih. Flash yang tidak ‘colour corrected’ akan menghasilkan gambar yang tidak ‘natural’, kerana objek yang hampir dengan flash akan lebih ‘cold’, manakala kawasan yang jauh yang kurang kena flash akan menjadi lebih ‘warm’ . Untuk mengatasi masalah ini, gel atau ‘omni diffuser’ yang bewarna kuning boleh digunakan.
Contoh diffuser yang boleh didapati dari Digicolor (sila click gambar utk ke website)
Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan format RAW untuk fotografi majlis kerana ianya seperti digital negative, memberi banyak fleksibiliti untuk ‘post editing’ ‘exposure’ & ‘white balance’. Software seperti Adobe Lightroom boleh digunakan dalam ‘post editing’ untuk mengedit gambar-gambar format RAW yang banyak dengan cepat.
Seterusnya ialah setup untuk gambar di atas.
‘Grand Entrance’
  1. Kamera diset pada mode aperture priority. Pilih aperture yang terbesar yang lensa anda boleh, bagi lensa yang saya gunakan ialah f/2.8.
  2. Set ISO pada ISO tertinggi yang kamera anda boleh gunakan tanpa excessive noise. Untuk camera Canon 350D, setup tersebut ialah ISO-400. Pastikan shutter speed terendah dalam mode aperture priority ialah 1/40s. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang ‘motion blur’ yang akan mengakibatkan gambar anda nanti tidak ‘sharp’. Untuk kamera-kamera generasi baru, anda boleh menggunakan setup auto-ISO atau Sensitivity Priority (Sv), di mana anda akan set shutter speed, aperture & maximum ISO, dan kamera menerusi metering akan memilih ISO yang sesuai. Untuk generasi kamera terkini juga, prestasi ISO tinggi juga sangat baik. Contohnya kamera Pentax K-5 yang saya gunakan, saya boleh set maximum ISO kepada ISO-6400 dengan selesa dan tanpa ‘excessive noise’.
  3. Gunakan spot-metering mode atau partial metering kerana kebiasaannya anda mahukan subjek anda yang berada pada titik fokal kamera, adalah properly exposed. Jika bukan default setting, pastikan titik spot-metering anda adalah berpandukan titik fokal kamera anda.
  4. Matikan flash pada hot-shoe kamera. Ini adalah kerana pada ketika gambar tersebut diambil, pencahayaan persekitaran adalah amat menarik.
  5. Ambil gambar dalam format RAW. Check in camera histogram. Pastikan gambar adalah ‘properly exposed’ di mana graf histogram tersebut dalam bentuk taburan normal dalam keempat-empat seksyen histogram seperti contoh di bawah. Sekiranya tidak, perbaiki setting anda pada aperture, shutter speed, ISO dan metering untuk memastikan subjek adalah ‘properly exposed’.
  6. Setelah selesai proses penggambaran, gunakan software seperti Adobe Lightroom/Photoshop Raw Converter untuk ‘recover highlight dan shadow’ pada gambar berkenaan. Ubah ‘exposure’ & ‘white balance’ sehingga anda dapat exposure yang paling sesuai untuk gambar berkenaan.
Teknik untuk ‘balance’ di antara ambient lighting dan flash seperti yang digunakan dalam gambar kedua ‘Red Carpet’ akan kami kongsi dalam posting yg akan datang.
Selamat mencuba!

Cara mudah untuk mengambil gambar potrait kanak-kanak

 Ahmad & Aufa @ Masjid Sultan Mizan, Putrajaya 090112, Lensa 50mmf/1.4, ISO-160, f/2.5, 1/160sec

Bagi kebanyakan mereka yang mula berjinak-jinak dgn DSLR, keluarga mereka merupakan subjek yg paling sesuai untuk melatih kemahiran DSLR & pencahayaan anda. Artikel blog kali ini ditujukan khas buat membantu anda merakam gambar anak-anak dalam usia 2-5 tahun dalam outing2 keluarga anda.
Antara lensa yang sesuai untuk potrait utk crop sensor ialah 50mmf/1.8, 85mmf/1.8,  dan 70-200mmf/2.8. Di antara lensa-lensa ini, lensa 50mmf/1.8 adalah yang paling ekonomi. Merujuk kepada http://www.shashinki.com, harga lensa tersebut adalah RM288 utk mount Canon dan RM428 utk mount Nikon. Lensa 70-200mmf/2.8 memberi lebih fleksibiliti kerana kebolehan zoom nya.
Dengan lensa ini, anda boleh mendapatkan efeks bokeh yg dapat membawa tumpuan kepada ekspresi pada muka subjek.
Aufa mengayuh basikal @ Titiwangsa. Natural lighting, Lensa 70-200mmf/2.8, ISO-80, f/2.8, 1/400sec, 110mm
Untuk merakamkan gambar potrait seperti di atas, anda perlu bersedia dgn DSLR pada setiap masa, memandangkan mood & kesediaan anak anda utk ‘pose’ di depan kamera adalah tidak dijangka. Gambar yang baik bukan sahaja perlu teknik pencahayaan yg baik, malahan ekpresi muka dan gaya anak anda juga penting untuk membuatkan gambar tersebut hidup.
Oleh kerana lensa-lensa tersebut digunakan, anda perlukan ruang untuk mengambil gambar kerana jarak kamera ke subjek dalam 1-3 meter diperlukan. Oleh itu, lokasi yang anda pilih perlu sesuai, dengan ruang dan pencahayaan yang sesuai. Antara tempat yang saya sering pilih utk gambar potrait ini ialah Taman Tasik Titiwangsa & Masjid Wilayah & Putrajaya, di mana di tempat-tempat ini mempunyai ruang, background yg menarik, dan directional lighting yg besar di kawasan masjid.

Aufa, Naively @ Masjid Putrajaya,. 50mmf1.4, ISO-160, f/1.6, 1/80sec

Utk mendapatkan Depth of Field (DOF) supaya background menjadi kabur (blur), bukaan lensa/aperture yang besar digunakan. Utk bukaan lensa/aperture, semakin kecil nombornya, semakin besar bukaannya. Dicadangkan untuk menggunakan setting ‘Aperture Priority’ untuk memastikan aperture sentiasa besar, manakala kamera akan mengira shutter speed yang sesuai. Untuk ISO pula, pilih ISO yang rendah (di bawah 400) untuk memastikan noise yg kurang.
Untuk pencahayaan@lighting, setup natural lighting biasanya digunakan kerana amat sukar untuk setup lighting yang kompleks dengan anak-anak yang berlari-lari dan sukar dikawal. Namun begitu, sekiranya natural lighting tidak begitu sesuai seperti di bawah, teknik slave fill-in flash boleh digunakan.  Sila lihat contoh berikut:-

Aufa @ Putrajaya 50mmf1.4, No fill in flash

Untuk mengatasi masalah ini,  teknik Strobe Fill In bersama softbox  digunakan supaya lighting tampak natural. Built in flash pada kamera diset pada mod wireless controller, manakala Strobe boleh diset pada mod TTL atau manual slave. Utk manual slave, mulakan dengan setting power yang rendah, 1/64 atau 1/128. Kemudian sedikit demi sedikit naikan power flash anda, sehingga power flash cukup utk menerangi muka subjek.
Gambarajah Pencahayaan
mini-Softbox pada strobe

Mini softbox seperti dalam gambar mudah dipasang pada flash, dan sesuai juga sekiranya digunakan sekiranya flash dipasang pada hotshoe camera. Ianya boleh dibeli dengan harga RM20 daripada Digicolor, Jln Ipoh. Ianya dapat menggandakan dua kali luas permukaan pada flash, dan ini akan lebih melembutkan/soften flash tersebut.
Anda boleh menggunakan tangan anda untuk memegang flash, supaya lighting tidak direct kepada subjek dan nampak lebih natural.

Cara memegang Slave Off Camera Flash

Kepada yang tidak mengenali saya, sayalah orang yg menjadi model di atas :)
Hasilnya ialah gambar yang pertama seperti pada awal posting ini.
Selamat mencuba!
 

Cara mudah untuk mengedit gambar menggunakan Photoshop CS5

Gambar sebelum dan selepas edit

Sering kali hasil gambar yang kita ambil menggunakan kamera adalah tidak memuaskan. Ini adalah perkara yang biasa dan sering kali berlaku mahupun kepada jurugambar profesional. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi beberapa teknik yang mudah yang boleh anda guna untuk menjadikan gambar anda lebih menarik.
1. Teknik yang pertama ialah Cropping.
Cropping digunakan untuk membuang bahagian gambar yg mengganggu, dan untuk memperbaiki komposisi gambar. Untuk memilih bahagian gambar utk di’crop’, sila gunakan rule of thirds, yang boleh dibaca daripada laman wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds
Seperti contoh gambar di atas, saya meng’crop’ gambar tersebut supaya subjek adalah lebih ‘prominent’ daripada imej asal. Command ‘Rectangular Marque Tool’ digunakan untuk memilih bahagian gambar yang ingin di’crop’, kemudiannya Command Image->Crop digunakan untuk melaksanakan Cropping.

Crop menggunakan Photoshop CS5

2. Teknik yang kedua ialah levelling utk memperbaiki contrast dan white balance.
Levelling digunakan untuk mengatasi masalah gambar yang kurang kontras/’contrast’. Kontras gambar boleh dikenalpasti melalui histogram, yang sedia ada pada semua kamera digital terkini. Contoh histogram dalam Photoshop CS5 adalah seperti di bawah
Histogram dalam Photoshop CS5
Melalui histogram, kita dapat mengenalpasti bahawa gambar berkenaan kekurangan pixel yang gelap/dark, pada bahagian ‘Shadows’.
Utk melaksanakan command ‘level’, anda boleh gunakan toolbox pada sebelah kanan paparan, pilih Layers.
Windows Layers dalam Photoshop CS5
Click pada ‘Create new fill/adjustment layer’, pilih Levels.
Window Levels Photoshop CS5

Untuk memudahkan proses kerja, pilih Auto. Photoshop CS5 akan secara automatik mengaturkan setting Levels supaya gambar akan lebih kontras. Anda hanya perlu bermain dengan slider ‘mid tone’ utk mendapatkan warna yang sesuai utk muka subjek.
Kemudian, utk white balance, gunakan eyedropper untuk memilih mana-mana bahagian gambar yang bewarna putih. Level tool akan secara automatik mengubah aturan level bagi 3 warna utama (RGB) untuk meberikan white balance yg tepat bagi gambar tersebut.

Gambar setelah command Crop & Levels

3. Teknik yang ketiga ialah ‘Curve’ untuk mengawal ‘tonal’ dan kontras gambar, lebih daripada apa yang diberikan oleh command Levels.
Layer ‘curve’ boleh ditambah melalui button ‘Crete new/adjustment layer’, pada window Layers. Untuk gambar  subjek manusia, kebanyakan editing adalah untuk mendapatkan tonal muka yang lebih lembut dan cantik. Oleh itu, curve seperti di bawah digunakan.
Curve Photoshop CS5

Hasil gambarnya adalah seperti di bawah
Gambar dengan Crop, Levels & Curve @ Photoshop CS5

Dengan hanya 3 command ini, gambar ini telah berjaya diperbaiki menjadi jauh lebih baik daripada gambar yang asal.
Pada artikel lain, saya akan menceritakan bagaimana untuk menggunakan ‘Lightroom 3′ untk mengedit koleksi gambar-gambar dengan lebih cepat dan mudah. Walaubagaimanapun, pengetahuan yang diperolehi daripada penggunaan Photoshop amat membantu dalam pemahaman konsep editing ‘Lighroom 3′ nanti.
Selamat mencuba!
 

Cara Mudah Mengambil Gambar Potrait dgn Natural Lighting

Ardian, Contemplation (Aperture 1.7, Shutter 1/20s, ISO-500, Pentax K-10)

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang ‘external flash’, jangan kecewa, anda masih lagi boleh mengambil gambar dengan menggunakan ‘natural lighting’. Natural lighting bermaksud sumber cahaya pada persekitaran anda, yakni termasuk cahaya matahari, lampu kalimantang mahupun lampu  meja. Tambahan pula sensor DSLR pada masa kini adalah amat sensitif, yakni boleh mengambil gambar sehingga pada ISO-6400, dengan baik tanpa noise yg tinggi!
Keylight dalam gambar ini datangnya daripada lampu meja pada sebelah kanan model. Manakala ambient lighting, pada background, adalah pada -2 stop. Model diatur supaya cahaya daripada keylight memberikan penekanan@highlight pada muka beliau, manakala background memberi kesan perspective pada gambar ini. Gaya beliau menampung dagu memberikan mood kepada gambar ini.
Setup Foto
Gambar yang saya ambil ini diambil di Hotel Le Meridien, KL Sentral. Sensor Pentax K-10 hanya efektif sehingga ISO800 sahaja, oleh itu saya menggunakan Aperture yg besar (1.7), dan shutter speed yg rendah (1/20) pada ISO500. Body K-10 mempunyai sistem ‘Shake Reduction’, yang membolehkan gambar sebegini diambil tanpa tripod. Sekiranya kamera terkini seperti Nikon D7000 @ Pentax K-5, saya akan boleh menggunakan kit-lense seperti 18-55mm f/3.5-5.6 atau yg lain2 dengan meninggikan ISO hingga ke maksimum ISO6-400. Berikut ialah satu contoh gambar yg saya ambil dengan K-5 pada ISO-6400 dengan menggunakan lensa 16-45mm f4.

Ahmad, f/4, 1/25s, ISO-6400, Pentax K-5,

Lensa yang digunakan ialah Sigma 28mm f/1.8, yang memberikan effective fokal 42mm. Ini adalah hampir dgn 50mm, yakni fokal utk penglihatan biasa manusia.
Gambar ini pada asalnya ditangkap dalam bentuk RAW, kemudian di proses dengan menggunakan lightroom, supaya white balance setting dapat diubah agar betul2 seperti yang sebenar. Ini adalah kerana pada keadaan pencahayaan yang kurang, kebiasaannya kamera tidak dapat menentukan white balance sebenar. Ini akan menjadikan gambar yg diambil tidak begitu natural. White balance juga boleh diset tetapi ianya akan mengambil masa yang beharga ketika mengambil gambar.
   
Foto Produk - Lens

Gambar di atas dirakam oleh saya kerana saya ingin menjual lense berkenaan melalui forum photomalaysia. Gambar yang dihasilkan adalah sharp, dan memberikan texture & rupa 3d pada subjek berkenaan, kesan daripada penggunaan key light & fill light.
Backdrop putih dipilih untuk menonjolkan lagi lens berkenaan yang bewarna hitam. Cara yang paling mudah untuk mendapatkan backdrop putih ialah dengan menggunakan dinding rumah yang bewarna putih, dan kerusi rata dan dialas dengan kain putih.
Setting kamera utk gambar ini adalah seperti berikut.



Aperture yang kecil (f-14) dipilih utk memastikan gambar tersebut ‘sharp’ pada setiap bahagian subjek. ISO400 dipilih untuk memastikan noise adalah rendah, manakala focal length 26mm atau effective 39mm pada crop sensor utk memberikan bentuk yang natural pada subjek.
Berikut adalah diagram dan gambar setup yang saya gunakan.
Gambarajah Setup

Cara utk mencari setup kamera. Saya menggunakan standard lense zoom 16-45mm f4, kerana ruang terhad pada set menyebabkan saya perlu menggunakan lense ini.
1. Mulakan dengan mencari exposure yang sesuai utk kamera. Dengan menggunakan aperture priority mode, dial aperture kepada 10-14. Set ISO kepada ISO yang rendah, jika indoor, gunakan ISO 400. Ini perlu utk memastikan noise adalah terkawal. Kemudian set exposure compensation pada -5. Ambil satu gambar. Sila ingat setting shutter speed yang dipilih oleh metering kamera, bagi situasi saya ialah 1/40. Tukar mode kamera kepada manual. Masukkan setting tadi ke dalam kamera.  (A=14, S=40, ISO400)
2. Teruskan dengan setup utk flash pada kamera. Pasang softbox pada flash tersebut. Set flash kepada manual, dengan power 1/32. Ambil satu gambar. Adjust power sehingga fill flash cukup2 untuk menerangkan dan tiada shadow setiap bahagian pada subjek.
3. Kemudian baru setup key light pada external flash. Set external flash kepada optical triggered slave flash. Pasang kaki supaya flash tersebut boleh ditegakkan. Set power kepada 1/64. Set zoom kepada maksimum, bagi saya ialah 105mm. Posisikan flash seperti dalam gambar di bawah.

Setup mudah utk produk shoot (gambar diambil menggunakan iPhone 4G)

5. Ambil gambar, adjust power & position pada keylight flash untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Perlu ingat bahawa setting pada kamera, fill flash dan keylight flash perlu disetup satu demi satu untuk memastikan anda mendapat setting yang tepat. Jika tergopoh gapah, dan cuba utk set sekaligus, ini akan mengakibatkan anda kelam kabut dan gambar yang dihasilkan tidak mencapai hasilnya.
Selamat mencuba!
 

Gambar Potrait mudah seolah2 dengan backdrop hitam

Aini- ketika Majlis Persandingan

Gambar ini diambil semasa satu majlis perkahwinan, semasa renjisrenjis menjadi  jurugambar rasmi.
Majlis ini diadakan di rumah. Oleh itu, terdapat banyak objek yang mengganggu background, malahan ruang juga terhad.
Utk membawa dan memasang backdrop ketika majlis adalah amat sukar kerana constrain masa, dan ruang. Oleh itu, teknik ini boleh digunakan utk menggelapkan background, seolah-olah ada backdrop hitam.
Hasilnya, pengantin perempuan nampak timbul, dan pencahayaan nya juga lembut dan nampak natural.
Berikut adalah cara utk mengambil gambar tersebut.
1. Anda perlu measure ambient lighting untuk mendapatkan setting camera yang tepat untuk menggelapkan background. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan iso setting paling rendah, bagi kamera saya ialah ISO 100. Kemudian, tukar setting kamera kepada time priority setting. Kemudian set shutter speed at the highest sync speed utk flash anda. Bagi kebanyakan, ia adalah dalam lingkungan 1/200. Ini akan memberikan cahaya ambient yg plg rendah pada gambar anda. Dial exposure compensation kepada -2 ataupun -3. Utk gambar ini, saya gunakan setting -3.
Gambarajah kedudukan kamera & flash
2. Utk mendapatkan lighting yg natural, off camera flash digunakan. Anda memerlukan satu unit external flash yang boleh menjadi off-camera flash, dan satu lagi yg boleh menjadi controller kepada flash berkenaan. Bagi Pentax dan kebanyakan medium level Nikon body, built in pop up flash boleh digunkan sebagai controller. Pastikan setting tersebut dipilih, dan bukannya sebagai master di mana flash tersebut akan fire dan memberi kesan fill in flash yg tidak diperlukan dalam gambar ini.
3. Utk memudahkan pemilihan flash power, setkan external flash anda kepada slave ttl. Kemudian, degan menggunakan set shoot through umbrella dan flash stand, pasangkan flash anda dengan position 45 degree ke sebelah kanan, pada jam 1, menghadap ke subjek.
4. Ambil satu gambar, pastikan exposure anda tepat, dan adjust exposure compensation pada kamera dan flash compensation dan posisi flash utk mendapatkan hasil yg terbaik.
Note (21/1/12)
Stu tips penting, pastikan jarak antara subjek dgn background adalah dua kali ganda jarak flash dgn subjek.
Selamat mencuba
Komen utk pembaikian
Sekiranya ada perasan, ada shadow pada sebelah muka subjek disebabkan fill flash tidak digunakan. Utk mengurangkan shadow ini, anda boleh menggunakan fill flash daripada kamera, ataupun reflector pada sebelah kiri jurugambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RESEPI REMPEYEK

REMPEYEK / TEMPEYEK Bahan-bahannya:       Tepung beras 1 kampit        Minyak masak (untuk goreng)        Kacang ta...