FELDA SG KOYAN



Bentuk rumah asal yang disediakan oleh Felda kepada peneroka. Pada masa ini tiada bekalan eletrik dan air paip pun kena tadah dengan baldi dan tong air di tepi jalan.

Salah satu keluarga peneroka Felda di hadapan rumah mereka.



Tahun 1998 sambutan Hari Raya di Blok 4 Sg Koyan 2 di depan rumah ayah 274 Sungai Koyan 2 dan banyak diantara mereka telah kembalik ke Rahmatullah. Rakaman kamera Canon AE-1 Program (filem).


Tahun 1977 diantara anak murid mengaji al-Quran emak saya di 270 Sungai Koyan 2.
Sekarang mereka dah jadi emak orang dan mungkin dah ada cucu.

Cikgu Mokhtar Redan masih minat motosikal. Raya Puasa yang lalu dia datang ke rumah saya di Sg Koyan dengan anaknya tunggang Kawasaki 750. Tahun 1981 dia pernah beli Kawasaki GPZ250. Dia kata warga emas macam dia bawa motor tak laju cuma antara 180-220 kmj saja.




Cikgu Kamarulzaman Salim, Noraida, Mokhtar Redan dan Syam sedang bertugas dalam aktiviti SK Sg Koyan pada tahun 1981. Ramakan kamera Yashica FX-D (filem).


Cikgu oh cikgu tahun 1981. Pada waktu pagi yang sejuk, cikgu Salauhudin dan Nasir sedang menikmati udara pagi. Gambar dirakam dengan kamera Yashica FX3 (filem).




Gambar beramai-ramai guru-guru dan kakitangan SK Sg Koyan sejak tahun 1980 hingga 1982 sebelum saya ditukarkan ke SK Felda Tersang.

Sukan di SK Sg Koyan Tahun 1982

Pasukan Sepaktakraw terdiri dari guru-guru SK Sg Koyan
pada tahun 1982.


Mula mengajar di SK Felda Sg Koyan pada tahun 1980 hingga 1982 Tahun 4 Hijau dan Tahun 1 setelah tamat latihan di Maktab Perguruan Sri Pinang Pulau Pinang. Peneroka terdiri dari bekas tentera dan orang awam. Pada masa itu tiada bekalan eletrik (guna ganerator 12 jam saja), jalan tanah merah, air paip tepi jalan sedut dari sungai.

Anak murid kelas mengaji Al-Quran Mak Yam (emak saya)
di atas tangga rumah 270 Sg Koyan 2 pada tahun 1976.



Gambar Tahun 1980
Berdiri di atas bukit yang sekarang ini
dijadikan kawasan perkuburan Islam
menggunakan kamera kodak.

Tahun 70an dulu Sungai Koyan mempunyai lapangan terbangnya sendiri tapi tidaklah sebesat KLIA kerana ianya diguna untuk kapalterbang baja sahaja.

Tahun 1980, 98% adalah guru-guru muda lepasan maktab. Kenderaan utama motosikal seperti Suzuki Sramler TS, Yamaha Enduro, Honda XL, Suzuki GP, Yamaha RD LC dan banyak lagi.

Kemudahan bas Koyan-Raub selalu sahaja rosak kerana keadaan jalanraya sejauh 53km yang teruk berlubang, berbatu, tanah merah, jambatan kayu yang selalu rosak kerana dibelasah oleh lori lori balak.


Gambar tahun 1979 rumah Sulaiman Mastor
di 272 Sg Koyan Dua.

Gambar diambil pada tahun 1979
di hadapan Masjid Felda Sg Koyan.

Gambar diabadikan pada Hari Raya Tahun 1981
dengan kamera Canon AE1 Program.
Banyak diantara mereka telah tiada di dunia ini.










Tahun 1980 gambar murid kembar di SK Sg Koyan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RESEPI REMPEYEK

REMPEYEK / TEMPEYEK Bahan-bahannya:       Tepung beras 1 kampit        Minyak masak (untuk goreng)        Kacang ta...