KELUARGA KU


Kasih ibu membawa ke Syurga dan kasihnya ayah setiap masa. Emak saya bernama Yam bt Abdul Rani, lahir pada tahun 1939 di Kedah manakala ayah Hassan bin Dahaman lahir pada 1935 di Kedah juga.
Ayah menyertai Regimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1952 hingga bersara pada tahun 1973 dengan memakai nombor tentera 7882. Beliau pernah menyertai Pasukan Komando pada tahun 1967. Sebelum bersara ayah bertugas di Kem LATEDA Port Dickson. Setelah bersara ayah menjadi peneroka di Felda Sungai Koyan Raub Pahang mulai tahun 1976 sehinggalah sekarang. Namun begitu ayah telah meninggal dunia pada 22 Mei 2011 di Hospital Kuala Lipis pada usia 77 tahun ekoran kecederaan dan lumpuh akibat dilanggar dari belakang oleh Mat Rempit Koyan.
Semasa bertugas sebagai tentera kami tinggal dibeberapa negeri mengikut tempat ayah bekerja seperti di:
Kem Tok Jalai Jitra Kedah
Kem Wadiben Kuala Lumpur
Kem Tentera Tapah Perak
Kem Majidee Johor Baharu
Garison Camp Port Dickson
Kem Latida Port Dickson

Justeru itu kamipun terpaksa ikut ayah berpindah randah dari masa ke semasa dan saya sendiri terpaksa ikut bertukar sekolah seperti;

Tadika Setapak-1964
SK Pengkalan Bujang Kedah-1965
SK Buyung Adil Tapah Perak-1965
SK Si Rusa Port Dickson Negeri Sembilan-1966
SK Angkatan Tentera, Kem Majidee, Johor Baharu-1970
SMK Majidee di Ayer Molek Johor Baharu-1971
SM Kebangsaan Port Dickson-1971
SMK Merbok Kedah-1973
SM Khir Johari Sungai Petani Kedah-1976
Maktab Perguruan Seri Pinang Pulau Pinang-1978

Sebagai anak sulung saya mempunyai ramai adik beradik dan lahir mengikut negeri ayah bertugas pada waktu itu, seperti berikut;

Omar lahir di Kedah-16.1.1958~Pegawai Teknologi Pendidikan
Rahimah lahir di Kedah-1960 (meninggal dunia)
Noraida lahir di Kuala Lumpur-22.1.1962~Suri rumah /berniaga
Osman lahir di Tapah Perak-1963 (meninggal dunia)
Hashim lahir di Kedah-8.11.1964~Bekas Polis/Swasta
Shaharudin lahir di Port Dickson Negeri Sembilan-7.8.1967~Polis
Shahrul Nizam lahir di Port Dickson Negeri Sembilan*-26.8.1969~Swasta
Husaini lahir di Johor Baharu-26.6.1970~Pesara Tentera
Shuharidon lahir di Kedah-14.3.1974~Pesara Tentera

Semuga Allah mencucuri rahmatnya kepada Allahyarham ayah ku dan semuga ibu ku berada dalam perlindunganNya, Amin.




Sebelah kiri anak dan sebelah kanan emaknya :Mohamad Faydh Iman Lahir Pada 10.7.2014
Nur Qamariah Lahir Pada 31.3.1985


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RESEPI REMPEYEK

REMPEYEK / TEMPEYEK Bahan-bahannya:       Tepung beras 1 kampit        Minyak masak (untuk goreng)        Kacang ta...