FELDA TERSANG

Gambar kenangan saya semasa mengajar di SK Felda Tersang 1 dari tahun 1983 hingga 1988 sebagai Guru Penolong Kanan 1. Kamilah guru pengasas sekolah berkenaan, tiada kemudahan kerusi meja, tiada eletrik dan air paip, tiada rumah guru (duduk rumah peneroka), jalan tanah merah berdebu dan melekit pada tayar motosikal apabila hujan. Suasana sepi tiada hiburan, siang yang sangat panas dan malam yang sangat sejuk. kawanan gajah selalu datang menunggu di jalan dan di belakang rumah pada waktu malam dan awal subuh.

Guru Besar waktu itu ialah cikgu Hanif Yop Yahya sekarang ini bersara dan tinggal di Kg Batu Malim Raub manakala yang lainnya di dalam gambar tersebut saya tak tahu dan ada antaranya telah meninggal dunia.

Murid Tahun 6 1987 SK Felda Tersang 1

Murid Tahun 6 1987 SK Felda Tersang 1

Murid Tahun 6 1987 SK Felda Tersang 1

Murid Tahun 6 1987 SK Felda Tersang 1

Pengawas SK Felda Tersang 1 tahun 1987

Pengawas SK Felda Tersang 1 tahun 1987

Pengawas SK Felda Tersang 1 tahun 1987

Guru SK Felda Tersang 1 tahun 1986

Guru Pengasas SK Felda Tersang 1 tahun 1983

Guru SK Felda Tersang 1 tahun 1986

Perhimpunan Pagi pada tahun 1983

Cikgu Hanafiah tahun 1983

Guru SK Felda Tersang 1 tahun 1984

Dihadapan pintu pagar sekolah tahun 1984

PPPD dalam lawtan kerjanya

Rumah peneroka dijadikan sebagai rumah guru, tiada bekalan air dan tiada eletrik. Sebelum boleh diduduki terpaksa menebas lalang dan pokok kapalterbang yang tumbuh lebih tinggi dari lantai rumah.

Dimanakah mereka sekarang ini?

Cikgu Osman, Zainal Abidin dan Hanafiah berlatarbelakangkan perkampungan Felda Tersang 1 dan sekolahnya.

Murid tahun 1 seramai 53 orang (Kelas KBSR) tahun 1983

Sebahagian dari anak murid ku seramai 53 orang satu kelas di mana aku terpaksan mengendalikan kelas KBSR yang baru diperkenalkan pada tahun 1983 dan mengajar semua subjek kerana ketiadaan guru. Dalam masa yang sama terpaksa menjadi PK Pentadbiran, Tukang Kebun, Kerani, Officeboy dan Guru Pusat Sumber Sekolah.

Tahun 1 KBSR 1983

Murid SK Felda Tersang 1 semasa perkhemahan pengakap di Kg Batu Talam

Di manakah anak-anak muridku sekarang ini?
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RESEPI REMPEYEK

REMPEYEK / TEMPEYEK Bahan-bahannya:       Tepung beras 1 kampit        Minyak masak (untuk goreng)        Kacang ta...