PETUA

 


PETUA MENURUNKAN KADAR KOLESTROL


 Ambil 3 biji buah bidara (tak muda dan tak masak sangat) dibuang biji dan ambil isinya sahaja. Cincang isinya dan campurkan dengan satu sudu besar madu kelulut. Minum sebelum sarapan pagi sahaja selama 3 pagi. Boleh dibuat seminggu sekali atau selang mengikut kemampuan kesihatan masing-masing.

Ada juga orang yang memamah 3 biji bidara terus bersama sesudu madu lebah dan mengungah dan mencampurnya di dalam mulut.

Sekali lagi saya tidak bertanggungjawab di atas kesan negatif jika timbul semasa tuan/puan mencubanya. Kesan baik atau buruk tuan/puan tanggung sendiri.



PETUA RAWATAN JANTUNG
SEBELUM BYPASS (ANGIOGRAPHY)
salur injap jantung tersumbat.

Saya mendapat petua ini dari seorang rakan yang mengesyorkan kepada pesakit yang mengalami masalah berkenaan jantung salur injap  tersumbat agar mengamalkan petua suplimen seperti di bawah ini sebelum berlakunya proses bypass berkenaan. Jika usaha tersebut tidak berjaya atau menimbulkan simtom negatif kepada orang yang mencubanya,  saya tidak boleh dipersalahkan dalam hal tersebut.




1 cawan jus lemon
1 cawan jus bawang putih
1 cawan jus halia
1 cawan cuka epal
3 cawan madu lebah / kelulut

Panaskan dengan api sederhana 4 bahan di atas selama 30 minit sehingga empat cawan berkenaan tersejat menjadi tiga cawan sahaja. Setelah 30 minit tutup api dan biarkan bahan tadi sejuk sendirinya. Setelah sejuk campurkan tiga cawan madu tadi dalam sebuah balang atau botol bersama  ramuan yang dimasak tadi.
Minumlah tiga (3) sudu teh setiap hari waktu bagi sebelum bersarapan dan tiga (3) sudu teh sebelum tidur malam. Insya Allah…..


PETUA RAWATAN BUAH PINGGANG









Seorang doktor berbangsa Cina telah memberikan petua ini kepada orang ramai atau pesakit yang mengalami masalah buah pinggang tetapi belum sampai peringkat dialysis untuk diamalkan InsyaAllah akan sembuh seperti mana beberapa orang yang telah mencubanya.
Bahan-bahannya:
1. * 20 tangkai pokok telinga kera.
2. *30 biji kurma cina (saiz kecil harga di sini RM13 sekilogram) ATAU 6 biji kurma cina (saiz besar harga di sini RM28 sekilogram)
3. * 1 liter air seeloknya air mineral atau air bertapis.
Cara-caranya ialah :
Basuh pokok telinga kera (panggilan tempatan) dan kurma cina. Masukkan dalam periuk atau slow cooker dan dididihkan selama 3 jam dengan api perlahan bersama 1 liter air. Kalau gunakan slow cooker setkan pada Auto.Setelah 3 jam air rebusan akan mungkin akan kurang kuantitinya. Bahan rebusan itu boleh digunakan sehingga 3 kali rebusan sebelum khasiatnya habis. Air rebusan boleh diminun bila-bila masa seperti kita minum air seharian tanpa had. Boleh juga didinginkan di dalam peti sejuk.
Ini cuma ikhtiar cara tradisional Cina dan kuantiti kandungannya tidak dapat disukat dengan tepat begitu juga dengan dos pengambilannya. Ada orang yang sesuai dan ada yang tidak sesuai mengamalkannya.Oleh itu saya tidak boleh dipertanggungjawabkan jika timbul gejala yang negatif semasa tuan/puan mengamalkannya. Harap maklum no...

PETUA CUCI PUNDI KENCING
Jika anda mengalami pundi kencing tersumbat dan mungkin ada batu karang, sila cuba cara ini. Tapi awas jangan dakwa saya jika timbul implikasi buruk kerana ini rawatan tradisional yang diamalkan oleh bangsa Cina mungkin tak sesuai untuk anda.
Dapatkan secekak sawi bukit (sawi Cina), segenggam barli Cina dan sedikit gula batu. Kerat dan buang bunga sawi, basuh bersama akar hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk bersama barli dan sedikit gula batu. Tuangkan air sebanyak 3 cawan ke dalam periuk dan panaskan perlahan-lahan hingga mendidih.
Tunggu sebentar sehingga agak suam atau sejuk dan minumlah air rebusan berkenaan selama 3 hari berturut-turut. Bahan rebusan tadi boleh digunakan sebanyak 3 kali rebusan sahaja. Selepas 3 kali minum selama 3 hari, sila berhenti dahulu dan selang seminggu kemudian jika mahu meminumnya lagi tetapi dengan ramuan yang baru. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RESEPI REMPEYEK

REMPEYEK / TEMPEYEK Bahan-bahannya:       Tepung beras 1 kampit        Minyak masak (untuk goreng)        Kacang ta...